Saturday, 29 September 2018

Komunikasi dan Penyiaran islam - gotong royong


DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK (KOMUNIKAS)

Komunikasi dan Penyiaran islam
DUA 6022

SESI JUN 2016

Gotong Royong

Puan Wati Bin Muhammad


Amirul hafizi Bin mohd ali 12DEP16F1001
Muhammad faidz bin Muhammad 12DEP16F1010
Cheng yi zhe 12DEP16F1021



PENGENALAN

   Pada masa kini, isu-isu yang berkaitan dengar aktiviti gotong-royong kerap juga diperkatakan. Aktiviti gotong-royong mendatangkan banyak kebaikan kepada masyarakat antaranya adalah amalan gotong-royong mewujudkan dan mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan kaum. Bak kata perpatah “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing” dan “bagai aur dengan tebing” itulah kata-kata yang boleh mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan kaum di Malaysia. Gotong-royong adalah sikap atau kegiatan yang dilakukan oleh masyarakat secara bekerjasam dan saling tolong menolong dalam menyelesaikan pekerjaan dengan secara sukarela.


OBJEKTIF KAJIAN 

  1. Memberi kesedaran tentang kepentingan gotong-royong di antara kaum
  2.  Mengenalpasti masalah aktiviti gotong-royong semakin pudar pada masa kini
  3. Menerapkan semangat gotong-royong di antara kaum untuk mengeratkan silaturrahim


DEFINISI GOTONG ROYONG

   Mengikut Kamus Dewan, gotong-royong bermaksud tolong-menolong atau kerja bersama-sama. Aktiviti gotong-royong masih banyak dilakukan di kampung-kampung dan kurang dilakukan dibandar pada masa kini. Pada pendapat kami, aktiviti gotong-royong ini perlu dihidupkan kembali dalam masyarakat di Negara ini untuk mengeratkan perpaduan di antara kaum.


  Manakala, perpaduan bermaksud satu keadaan dimana rakyat dari pelbagai kumpulan etnik, agama dan wilayah, hidup dengan aman sebagai satu bangsa yang bersatu dengan memberi komitmen yang penuh keada identiti kebangsaan berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Kaum bermaksud budaya dan bangsa yang ibawa oleh individu. Manakala Integriti Nasional adalah satu proses dinamik untuk merapatkan masyrakatnegeri-negeri dalam Malaysia khususnya diantara negeri-negeri di Semenanjung dengan negeri Sabah dan Sarawak untuk membentuk satu Bangsa Malaysia yang mempunyai identitinya sendiri berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. 




LANGKAH-LANGKAH MEMUPUK PERPADUAN MELALUI AKTIVITI GOTONG ROYONG

    Situasi seperti ini adalah amat memalukan, namun itu tidak bermakna kita harus lepas tangan untuk mencari penyudah isu-isu yang kian berdarah ini. Sejak di bangku sekolah lagi, amalan murni ini diterapkan supaya kerja murni bermasyarakat ini akan terus lestari seiring dengan kemajuan Negara. Anak-anak kecil harus dibiasakan bersama-sama masyarakat luar dari rumah mereka agar keberadaan mereka di hargai dan dimanfaatkan oleh masyarakat keseluruhannya dalam usaha melaksanakan sesuatu yang berfaedah demi kesejahteraan umum. Sekolah sebagai rumah kedua generasi muda wajar menerapkan amalan mulia inin dalam aktiviti-aktiviti sekolah Seperti Hari Guru, Sukan Tahunan Sekolah, Gotong-Royong dan Hari Anugerah Cemerlang.


     Para pelajar akan meguruskannya dan para guru hanya bertindak sebagai penasihat melalui kerjasama, setiap insan itu akan lebih matang tentang hubungan sosialnya selain itu menyelidiki potensi diri secara yang lebih menyakinkan. Badan-badan kerajaan atau sukarelawan harus bergerak lebih maju dan efisien dalam usaha menaikkan semangat gotong-royong kembali. Ceramah, forum, dan kempen kejiranan yang tersusun dan berkala boleh diusahakan sebagai satu inisiatif menyebarkan maklumat yang berguna tentang gotong-royong kepada orang ramai. Lebih elok lagi jika mereka turut bersama-sama masyarakat setempat membantu rancangan mereka. Contohnya, sebuah pertubuhan sukarelawan di Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris Shah (UPSI) bekerjasama dengan warga setempat mengutip plastic kaca dan kertas terpakai untuk dikitar semula. Pencapaian badan sukarelawan ini patut diberi pujian.




KEBAIKAN AMALAN GOTONG-ROYONG

Kebaikan mengamalkan amalan gotong-royong atau kerjasama ini ialah amalan ini mewujudkan semangat positif anatara ahli-ahli masyarakat terutamanya untuk memastikan sesuatu tugasan itu mampu dilaksanakan secara berkesan. Amalan ini memberikan satu semangat kepada masyarakat bahawa tugasan itu walau berat pun akan mampu diselesaikan dengan begitu baik sekali kerana semua pihak menghulurkan bantuan. Keadaan ini menjadikan semua perkara yang dialami oleh masyarakat dapat diatasi dalam masa yang singkat dan mudah sahaja. Jelaslah, amalan ini memberikan satu suntikan baru tentang konsep bekerjasama antara masyarakat terutama dikawasan urbanisasi.

Aktiviti gotong-royong juga dapat mewujudkan perpaduan kaum amat penting dikalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain. Contohnya, dengan mengadakan gotong-royong bagi menjayakan program Sambutan Bulan Kemerdekaan, perpaduan masyarakat akan terjalin sacara langsung atau secara tidak langsung. Sesungguhnya dengan wujudnya perpaduan kaum di kalangan rakyat, negara kita akan terus aman dan maju.

Bergotong-royong juga boleh memperindahkan tempat tinggal dan kawasan persekitaran menjadi bersih. Dengan amalan kemasyarakatan ini, tempat tinggal kita tidak akan menjadi sekadar ‘indah khabar dari rupa’. Amalan gotong-royong juga dapat membersihkan kawasan kediaman daripada menjadi sarang pelbagai penyakit seperti Aedes.

Kegiatan ini amat berfaedah dan mesti diamalkan dan dipupuk sejak kecil kerana meluntur buluh biarlah dari rebungnya. Dengan menjadikan amalan ini sebagai aktiviti penting dalam kehidupan, kita dapat banyak memperoleh pengalaman dan pengetahuan daripada amalan tersebut. Kita juga dapat mengetahui bertapa senangnya untuk menyelesaikan sesuatu kerja dengan tenaga kerja yang ramai. Oleh itu, amalan ini harus diingati dari satu generasi kepada satu generasi. Amalan ini juga boleh diperaktikkan untuk mengekalkan kesihatan dan keadaan yang selesa dikawasan tempat tinggal.


Dalam agama Islam juga turut mementingkan kebersihan kerana kebersihan juga adalah salah satu lambang seseorang itu muslim. ‘Kebersihan itu sebahagian daripada iman’ sudah menjadi tema kebersihan bagi orang-orang Islam sama ada sedar ataupun tidak ia adalah sebuah Hadis baginda Rasulullah S.A.W berkaitan dengan kebersihan. Oleh itu, sebagai muslim kita sepatutnya menyertai aktiviti gotong-royong ini supaya alam sekitar sentiasa terpelihara.


MANFAAT GOTONG ROYONG

Dengan bergotong royong, semua tugas berat akan menjadi lebih ringan.  Kita hidup di dunia ini bukan seorang diri. Sebagai rakyat Indonesia, kita hidup bersama orang lain sebagai satu bangsa. Sebagai sesama, bangsa kita punya tujuan yang sama yaitu memajukan bangsa ini. Untuk meraih tujuan tersebut maka kita seyogianya selalu siap untuk bekerja sama dengan semangat gotong royong. Akan lebih banyak yang dapat kita raih bila kita lakukan gotong royong dengan orang lain.





SEBAB-SEBAB ADANYA GOTONG ROYONG. 

Semangat gotong royong didorong oleh:

  • bahwa manusia tidak hidup sendiri melainkan hidup bersama dengan orang lain  atau  lingkungan sosial;
  •  pada dasarnya manusia itu tergantung pada manusia lainnya;
  •  manusia perlu menjaga hubungan baik dengan sesamanya; dan
  •  manusia perlu menyesuaikan dirinya dengan anggota masyarakat yang lain.



CONTOH KEGIATAN GOTONG ROYONG


Contoh kegiatan yang dapat dilakukan secara bergotong royong antara lain pembangunan fasilitas umum dan membersihkan lingkungan sekitar. Dengan bergotong royong, banyak hal yang telah dilakukan bangsa kita di masa lalu, mulai dari mendirikan rumah, mengerjakan sawah, membantu tetangga yang sedang berduka hingga saling bahu membahu berjuang dan memproklamasikan kemerdekaan negara.


USAHA-USAHA MEWUJUDKAN PERPADUAN KAUM DI MALAYSIA MELALUI AKTIVITI GOTONG ROYONG

Isu perpaduan kaum merupakan satu usaha berterusan yang perlu dipikul dan dijunjung bersama-sama oleh semua pihak. Sekiranya terlerai ikatan silaturahim dan musnah perpaduan dalam masyarakat, nescaya pelbagai impak negatif akan menimpa masyarakat khususnya dan negara amnya. Oleh sebab itu, pelbagai usaha perlu diambil bagi memupuk dan membaja agar perpaduan terus subur dan mewangi dalam kehidupan masyarakat sekali gus mengelakkan peristiwa hitam 13 Mei 1969 daripada berulang kembali.


Antara usaha yang boleh dilakukan dalam untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat adalah dengan mengadakan aktiviti gotong-royong. Aktiviti gotong-royong merupakan saluran dan peluang kepada masyarakat di sesuatu kawasan perumahan untuk bertemu dan mengenali antara satu sama lain. Di samping itu, aktiviti ini dapat memupuk semangat bekerjasama untuk membersihkan dan mengindahkan kawasan persekitaran tempat kediaman mereka sesuai dengan slogan “Negara Bersih Rakyat Sihat”. Sebagai contoh, aktiviti gotong-royong yang boleh dijalankan ialah kerja-kerja membersihkan kawasan perumahan, taman permainan, tanah perkuburan dan sebagainya. Seterusnya, aktiviti gotong-royong dapat meringankan serta memudahkan kerja yang sukar dilakukan ibarat kata peribahasa yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing serta ke bukit sama di daki, ke lurah sama dituruni.


SEMANGAT GOTONG-ROYONG


Masyarakat pada hari ini bersikap materialistik sehingga amalan hidup bermasyarakat seperti bergotong-royong terpinggir. Bincangkan halangan-halangan amalan bergotong-royong dan langkah-langkah untuk menarik minat masyarakat untuk bergotong-royong.

Pada era globalisasi ini, masyarakat terdorong untuk mengutamakan kekayaan dan kekuasaan dalam mengejar arus kemodenan perdana kerana taraf hidup yang semakin meningkat. Masyarakat sanggup bekerja keras siang dan malam untuk mengumpul kekayaan sehingga terabai nilai-nilai murni yang pernah menjadi amalan masyarakat pada suatu ketika dahulu. Perkara ini tidak boleh dipandang enteng kerana masalah ini boleh menjejaskan perpaduan dan keharmonian negara. Oleh itu, pelbagai usaha telah dilaksanakan untuk menyemarakkan kembali aktiviti bergotong-royong. Malangnya, usaha tersebut tidak mendapat sambutan daripada masyarakat sendiri. Jika ditinjau dengan mendalam, masyarakat menghadapi beberapa halangan untuk menghadiri aktiviti-aktiviti bermasyarakat khususnya amalan bergotong-royong.

Antara halangan yang dihadapi oleh masyarakat untuk melibatkan diri dalam aktiviti bergotong-royong ialah kehidupan masyarakat yang sibuk berkerjaya. Masyarakat pada hari ini lebih moden berbanding dahulu seiring dengan peredaran zaman. Masyarakat yang tinggal di kota metropolitan seperti Kuala Lumpur khususnya berfikiran lebih terbuka dan bersifat materialistik. Masyarakat menilai dari segi penampilan luaran dan mengamalkan sikap ‘bagai enau di dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing’. Seseorang itu dinilai dari segi jenama pakaian, jenis kereta, jenis rumah, jawatan dalam pekerjaan dan tahap pengaruh dalam bidang masing-masing.

Sehubungan dengan itu, masyarakat berlumba-lumba membanting tulang mengumpul kekuasaan untuk mengukuhkan kedudukan masing-masing. Akibat daripada budaya pemikiran tersebut, kebanyakan masyarakat yang tinggal di kota raya mempunyai karier yang sibuk kerana rata-rata menjawat pekerjaan yang profesional seperti ahli perniagaan, peguam dan akauntan. Selain itu, bukan kaum lelaki sahaja yang keluar mencari nafkah bahkan kaum wanita turut ikut serta. Taraf kaum wanita dikatakan ‘berdiri sama tinggi duduk sama rendah’ dengan kaum lelaki dalam alam kerjaya. Ini dapat dibuktikan apabila kaum wanita diberi kepercayaan untuk menjawat pangkat yang tinggi dalam sesebuah firma besar. Lantaran itu, rutin harian banyak dihabiskan di tempat kerja berbanding di rumah. Kesan daripada itu, walaupun kegiatan bergotong-royong diadakan di tempat kediaman masing-masing tetapi amalan bergotong-royong tiada sambutan kerana masing-masing tiada di rumah. Malang lagi, ada yang langsung tidak mengambil peduli persekitaran sehingga tidak mengetahui adanya kegiatan bergotong-royong ini. Oleh itu, kita dapat simpulkan bahawa kesibukan dalam kerjaya menjadi penghalang kepada amalan bergotng-royong.

Institusi rukun tetangga yang tidak berfungsi juga merupakan salah satu daripada halangan kepada amalan bergotong-royong. Institusi rukun tetangga ditubuhkan untuk memelihara keamanan dan kesejahteraan kawasan kediaman akan tetapi kemudahan ini tidak digunakan sebaiknya.
Pada suatu ketika dahulu, institusi rukun tetangga bergerak secara aktif yang diketuai oleh penghulu kampung. Organisasi ini juga melibatkan golongan pemuda-pemudi selain daripada golongan yang lebih tua. Secara tidak langsung, golongan muda dapat bekerjasama dan mengeratkan silaturrahim dengan golongan tua seperti yang diuar-uarkan dalam kempen di televisyen iaitu ‘yang tua dihormati yang muda disayangi’. Pada setiap malam, penghulu akan mengadakan mesyuarat di balai raya untuk membincangkan keselamatan dan aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan. Melalui itu, amalan seperti bergotong-royong dapat dijalankan dan masyarakat juga berpeluang untuk bergaul mesra. Apabila zaman telah berubah, kehidupan masyarakat juga mengalami anjakan paradigma. Kini, organisasi ini hampir tidak bergerak lagi kerana tiada pelapis untuk mengendalikannya. Orang muda sibuk berkerjaya sehingga ke luar negara kerana tawaran pendapatan yang lumayan. Ini memberi gambaran awal kepada kita bahawa golongan muda lebih memandang ganjaran untuk melakukan sesuatu. Oleh itu, mereka tidak berminat mengendalikan institusi rukun tetangga yang tidak memberi pulangan hasil. Sebagai hasilnya, keruntuhan institusi rukun tetangga memberi pengaruh yang besar kepada amalan bergotong-royong.

Kita tidak dapat menafikan bahawa banyak kebaikan yang diperoleh oleh masyarakat daripada amalan bergotong-royong. Menyedari hal ini, kerajaan berusaha untuk menanam kembali amalan ini dalam kalangan masyarakat. Sehubungan dengan itu, kerajaan telah melaksanakan beberapa inisiatif untuk menarik perhatian dan minat masyarakat terhadap amalan bergotong-royong. Antaranya ialah melaksanakan kempen dengan berkesan. Kempen ini bertujuan untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan bergotong-royong serta sebagai rangsangan untuk melibatkan masyarakat dalam amalan ini. Untuk memastikan kempen ini benar-benar berjaya, peranan media massa dan media cetak sangat penting. Media elektronik boleh menghebahkan kempen ini di dalam televisyen, radio dan suratkhabar agar masyarakat terdedah dengan maklumat tersebut secara meluas. Walaupun kempen seperti ‘cintailah sungai kita’ dan ‘jom ganyang aedes’ merupakan aspek kesihatan dan alam sekitar tetapi kempen ini secara tidak langsung menuntut masyarakat untuk bergotong-royong. Contohnya, kempen ‘jom ganyang aedes’ memerlukan masyarakat untuk bergotong-royong membersihkan kawasan tempat pembiakan aedes iaitu di longkang atau daun-daun kering di sekitar kawasan rumah. Kempen-kempen tersebut dilihat berkesan kerana masyarakat mula berjinak-jinak dengan amalan tersebut di samping untuk menjaga kebersihan. Kejayaan kempen ini terhasil di atas kerjasama media elektronik dan juga kerajaan seperti bak kata pepatah ‘yang berat sama dipikul yang ringan sama dijinjing’ yang akhirnya membuahkan hasil.

Bak kata pepatah ‘melentur buluh biar dari rebungnya’. Oleh itu, untuk memastikan masyarakat pada generasi akan datang agar tidak ketandusan nilai ini, langkah seperti penerapan dalam pendidikan di sekolah wajar dilaksanakan untuk menyemai amalan ini dari peringkat awal lagi. Dalam pendidikan, amalan ini dapat ditanam melalui mata pelajaran seperti pendidikan moral dan sivik kewarganegaraan. Melalui mata pelajaran tersebut, pelajar didedahkan dengan kepentingan nilai-nilai murni dan mengaplikasikan nilai tersebut dalam kehidupan. Guru memberi pendedahan dan penerangan tentang nilai-nilai murni tersebut dan menjalankan pelbagai aktiviti untuk mendekatkan para pelajar dengan amalan nilai-nilai murni. Selain itu, sekolah juga memain peranan penting untuk menggalakkan pelajar supaya bergotong-royong. Pada hari yang tertentu seperti Hari Guru, Hari Sukan dan pekhemahan pasukan beruniform, sekolah menetapkan pelajar dan guru untuk bergotong-royong membersihkan kawasan sekolah. Secara tidak langsung, para pelajar dipupuk amalan ini sejak dari bangku sekolah dan akan diteruskan sehingga dewasa dalam komuniti masyarakat. Oleh yang sedemikian, langkah menerapkan nilai ini dalam pendidikan oleh kerajaan harus dipuji.

Langkah yang lain untuk menanam nilai ini dalam diri masyarakat ialah penglibatan dari badan bukan kerajaan(NGO) dengan lebih giat. Badan NGO boleh turun padang untuk membantu kerajaan menarik minat masyarakat dalam amalan gotong-royong. Untuk merealisasikan harapan kerajaan mewujudkan masyarakat bergotong-royong, syarikat swasta boleh menganjurkan pertandingan kampung tercantik dengan ganjaran lumayan kepada pemenang. Dengan cara itu, masyarakat lebih tertarik untuk menyertainya dan mula bergotong-royong mencantikkan kawasan perkampungan. Perlibatan badan NGO yang lebih giat dan aktif dapat menunjukkan kepada masyarakat betapa pentingnya amalan tersebut dalam kehidupan komuniti. Melalui itu, masyarakat diharapkan mendapat mesej yang dibawa oleh kerajaan untuk mempergiat amalan ini.


Secara tuntasnya, amalan bergotong-royong ini sangat penting dalam kehidupan bermasyarakat sehingga kerajaan mengambil beberapa inisiatif untuk menghidupkan kembali amalan tersebut. Kerajaan boleh mengguna kaedah yang lain dan lebih kreatif untuk memikat masyarakat. Jika amalan ini terus terkubur, masyarakat akan hidup dalam keadaan tidak aman dan sengsara. Sehubungan dengan itu, masyarakat harus bermula dari sekarang untuk mengubah diri agar amalan ini dipraktikkan sehingga akan datang dan dianggap amalan yang ‘tak basah dek hujan, tak lekang dek panas’. Sebagai penutup wacana, marilah kita belajar amalan yang baik ini dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Bak kata pepatah, ‘yang baik dijadikan teladan,yang buruk dijadikan sempadan’.




SEBAB-SEBAB AMALAN GOTONG-ROYONG SEMAKIN PUDAR

 

Malas

Alasan ini merupakan alasan klasik, namun alasan inilah yang sering muncul di masyarakat. Rasa malas adalah perasaan yang dimiliki oleh hampir semua orang, oleh sebab itu saat orang merasa malas maka apapun kegiatannya dia merasa enggan untuk berperan aktif, tak terkecuali saat ada kegiatan gotong royong.

Kesibukan

Tak sedikit orang yang disibukkan dengan pekerjaan mereka, sehingga hampir tak ada waktu untuk kegiatan-kegitan yang bersifat sosial kemasyarakatan. Bahkan, ada orang yang rela mengeluarkan uang untuk membayar orang lain untuk mewakili mereka saat ada gotong royong.

Kecemburuan Sosial

Sering adanya bantuan langsung dari pemerintah membuat permasalahan tersendiri di masyarakat, hal ini tak lepas dari pembagian bantuan yang terkadang tidak tepat sasaran. Bahkan, berkembang asumsi di masyarakat terkait bantuan yang seharusnya dibagi rata. Nah, kecemburuan dan rasa iri inilah yang terkadang membuat orang jadi enggan untuk melakukan kegiatan seperti gotong royong.

Pemahaman Keliru Soal Bantuan

Bantuan untuk pembangunan dari pemerintah membuat orang terkadang keliru dalam memahami, banyak asumsi bahwa tak perlu ada gotong royong bila sudah ada bantuan dari pemerintah, karena tenaga kerja sudah di bayar dengan dana bantuan. Memang tak sepenuhnya keliru, namun ada kalanya bantuan juga butuh swadaya dari masyarakat, karena ada juga bantuan yang sifatnya stimulan dan butuh partisipasi dari masyarakat. Dengan banyaknya bantuan yang turun di masyarakat sehingga tak sedikit masyarakat yang akhirnya "ketergantungan" pada bantuan.

Kurang Bersosialisasi/ Egois

Ego orang yang besar terkadang membuat orang menjadi kurang bersosialisasi, enggan berbaur dan acuh tak acuh terhadap kegiatan-kegiatan kemasyarakatan. 



Demikian tadi lima alasan atau penyebab budaya gotong royong semakin hilang. Mungkin saja tak sepenuhnya benar, tapi paling tidak dari kelima alasan tersebut berdasarkan pengalaman saya selama bermasyarakat. Bahkan masih ada alasan-alasan lain yang muncul, apalagi sekarang era globalisasi yang membuat orang terkadang berfikir praktis. Kurangnya kepedulian terhadap lingkungan membuat orang menjadi tidak mau atau malas-malasan untuk bergotong royong, kalau sudah begitu, budaya warisan leluhur tersebut lambat laun akan mengilang.




PUNCA REMAJA KURANG TERLIBAT DALAM AKTIVITI GOTONG-ROYONG

Belakangan ini fenomena golongan remaja amat kurang melibatkan diri dengan aktiviti komuniti seperti gotong-royong yang dianjurkan oleh pelbagai pihak. Kebanyakan golongan dewasa dan yang berumur sahaja yang masih bersedia menyumbangkan masa dan tenaga demi menjayakan program komuniti yang dianjurkan. Pelbagai punca yang menyebabkan golongan remaja kurang melibatkan diri dalam aktiviti tersebut. Antaranya:-

  • Kekangan masa – remaja hari ini dibelenggu oleh masalah kekangan masa. Mereka sibuk dengan aktiviti persekolahan (belajar, kokurikulum, tuisyen, kerja rumah, bantu keluarga dll)
  • Kurang kesedaran pelajar tentang manfaat gotong-royong.
  • Remaja beranggapan bahawa aktiviti gotong-royong membuang masa dan kurang berfaedah.
  • Remaja lebih cenderung melakukan aktiviti yang lebih mencabar seperti menyertai kegiatan sukan, mengembara, mendaki dll.
  • Sesetengah remaja suka menghabiskan masa mereka dengan kegiatan yang tidak berfaedah seperti melepak, lumba haram, berfoya-foya dll.
  • Sesetengah ibu bapa remaja tidak menggalakkan anak remaja mereka terlibat dengan aktiviti tersebut kerana masalah keselamatan, kecederaan dll.
  • Remaja menganggap gotong-royong  kerja yang sia-sia kerana ketiadaan upah atau ganjaran.
  • Remaja lebih suka menyendiri dan tidak mahu bergaul rapat dengan masyarakat sekeliling.
  • Remaja banyak menghabiskan masa di rumah dengan menonton televisyen, video, permainan video, mendengar muzik dll.
  • Kurang kempen penerangan oleh pihak-pihak bertanggungjawab seperti pihak kerajaan, ketua masyarakat, guru-guru dan juga ibu bapa.
  • Remaja terpengaruh oleh sikap masyarakat hari ini yang lebih mengutamakan materialistik.
  • Sistem pendidikan hari ini yang lebih berorientasikan peperiksaan menyebabkan remaja tertekan dan berlumba-lumba untuk berjaya dalam peperiksaan.
  • Pola petempatan masyarakat juga tidak membantu remaja untuk terlibat dengan aktiviti gotong-royong.
  • Terlalu banyak perkara yang melekakan remaja.
  • Pengaruh rakan sebaya.
  • Remaja memandang rendah terhadap aktiviti gotong-royong seperti menganggap hanya remaja kampung dan miskin sahaja sesuai dengan aktiviti tersebut.
  • Remaja kurang mempunyai latar belakang agama.
Tuntutan hidup seperti membantu keluarga mencari nafkah juga menjadi penghalang kepada remaja untuk menyertai gotong-royong



                                                             ISU SEMASA



TASIK CINA (Rantau Panjang) - Kerjasama penduduk bersama pemimpin, berjaya membaiki jalan dalam masa singkat, semalam.

        
  •         Adun Gual Periok, Mohamad Awang berkata, beberapa jalan Tasik Cina sepanjang 50 meter dibaiki menggunakan simen.                
  • Menurutnya, kaedah simen lebih tahan lama kerana ia melibatkan penggunaan ribuan penduduk dari lebih 100 kampung.               
  •  “Bantuan RM3,300 daripada kerajaan negeri menerusi Pejabat Adun Gual Periok, digunakan sepenuhnya untuk membaiki jalan yang rosak akibat banjir hujung tahun lalu.                
  • “Disebabkan jalan ini adalah antara laluan utama penduduk jadi ia dibaiki segera. Sebelum ini, kami menerima laporan serta rungutan penduduk setempat kerana terpaksa meredah jalan berlubang sehingga boleh menyebabkan kerosakan kenderaan serta mengundang risiko        kemalangan,” katanya.               
  •  Mohamad berkata, langkah membaiki dengan gotong-royong dilihat memberi hasil yang lebih baik, malah mengurangkan kos upah.              
  •  Menurutnya, kualiti yang setanding dengan hasil kerja kontraktor juga menyebabkan jalan terbabit boleh digunakan lebih lama biarpun selepas banjir akan datang.               
  • Sementara itu, penduduk, Ismail Othman, 41, berkata, sebelum ini kaedah baiki jalan secara gotong-royong di kampung lain, menarik minat penduduk di sini untuk turut sama menggunakan teknik itu.


        “Biarpun ia sudah lama dipraktikkan, namun selepas melihat hasil jalan yang baik, lebih ramai penduduk turun padang untuk membantu,” katanya


.


TELUK INTAN 18 Nov. – Kira-kira 300 penduduk Taman Sri Manggis, Jalan Laksamana dekat sini bersama-sama menghadiri program gotong-royong bagi membanteras pembiakan nyamuk aedes.


Program yang dianjurkan oleh Ahli Jawatankuasa Taman Sri Manggis dengan kerjasama Kolej Komuniti Teluk Intan, Jabatan Kesihatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI), Restoran Mastan dan Jabatan Perdana Menteri itu turut dihadiri oleh Ahli Parlimen kawasan ini, Datuk Dr. Mah Siew Keong.
Siew Keong berkata, kawasan ini berhadapan dengan masalah penularan wabak denggi yang serius.
Jadi, katanya, penganjuran program gotong-royong ini dipercayai mampu membantu memupuk kesedaran dalam kalangan penduduk setempat supaya menjaga kebersihan kawasan penempatan seterusnya mengelakkan pembiakan nyamuk aedes yang merupakan ejen pembawa denggi.

“Kes demam denggi di daerah ini memang serius. Ramai penduduk tempatan diserang denggi dan dimasukkan ke hospital kerana kawasan perumahan mereka tidak bersih serta dipenuhi semak-samun.

“Jadi, saya menggesa penduduk di kawasan ini supaya membersihkan rumah masing-masing supaya tidak menjadi lokasi pembiakan nyamuk aedes,“katanya ketika ditemui pada program gotong-royong berkenaan.
Mengulas lanjut, Siew Keong memberitahu, pihak MPTI juga perlu kerap meninjau serta membuat pemeriksaan terhadap rumah termasuk yang terbiar bagi mengelakkan menjadi sarang nyamuk aedes.

“Apa gunanya rumah kita cantik dan besar tetapi tidak besih dan menjadi tempat nyamuk aedes membiak,“jelas beliau.


PENUTUP


Sebagai kesimpulannya, aktiviti gotong-royong kepda masyarakat dan Negara. Hal ini bersesuaian dengan peribahasa melayu ‘muafakat membawa berkat’. Pada pendapat kami, pihak kerajaan boleh juga memupuk amalan gotong-royong melalui kempen yang diadakan di televisyen dan Surat khabar secara berterusan. Aktiviti gotong-royong ini wajar diamalkan semula. Oleh itu, semua pihak mestilah memainkan peranan dengan mengamalkan budaya hidup bergotong-royong ini dalam kehidupan seharian. 


Tuesday, 7 February 2017

khasiat madu menurut islam


sains teknologi dan kejuruteraan dalam islam(DUA2012)

manfaat dan keistimewaan madu lebah menurut al-quran dan hadis

nama kumpulan: 1) amirul hafizi bin mohd ali (12DEP16F1001)
                              2) muhammad rashidin bin anuar (12DEP16F1016)
                              3) isma rizal bin shamshuddin (12DEP16F1012)
nama pensyarah: Encik mohd zuky bin hanafi
Sesi                     : disember 2016
program              : DEP 
Kelas                   : DEP2A
PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera, Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat juga kami menyempurnakan tugasan bagi subjek sains teknologi dan kejuruteraan islam ini. Sepanjang menjalankan kerja kursus ini, kami telah memperoleh pelbagai pengalaman sama ada pahit mahupun manis yang amat berharga dan bermakna dalam hidup kami sebagai seorang pelajar. Pengalaman yang kami perolehi sepanjang menjalankan tugasan ini mungkin hanya akan datang sekali sahaja dalam hidup kami. Justeru itu, kami juga telah memperolehi pelbagai maklumat dan pengetahuan dengan lebih terperinci lagi berkaitan tugasan ini iaitu “manfaat dan keistimewaan madu lebah menurut al-quran dan hadis”. Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sepanjang menjayakan tugasan ini. Terutamanya kepada pensyarah kami iaitu,ENCIK MOHD ZUKY BIN HANAFI kerana beliau telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada kami sepanjang menjalankan ini. Tunjuk ajar beliau amat membantu kami dalam usaha menyempurnakan tugasan yang telah diamanahkan ini. Oleh itu, kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ahli keluarga kami yang telah banyak memberi sokongan moral dan bantuan kewangan bagi menyelesaikan tugasan ini. Selain itu, kami turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan kami kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya. Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Segala bantuan yang telah anda hulurkan amatlah kami hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan anda semua, tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.

HASIL KAJIAN

Saya dikehendaki menjalankan satu kajian mengenai manfaat dan keistimewaan madu lebah menurut al-quran dan hadis.Saya telah dipilih tajuk tugasan ini dan memperoleh beberapa pengajaran dan pengetahuan yang lebih mendalam. Antara hasil kajian yang saya lakukan, kami memperolehi manfaat dan keistimewaan madu lebah.

PENGENALAN
Madu adalah cairan yang menyerupai sirap, madu lebih kental dan berasa manis, dihasilkan oleh lebah dan serangga lain dari nektar bunga . Jika Tawon madu sudah berada dalam sarang madu dikeluarkan dari kantung madu yang terdapat pada abdomen dan dikunyah dikerjakan bersama tawon lain, jika madu sudah halus diletakkan pada sel, jika sel sudah penuh akan ditutup dan terjadi fermentasi Rasa manis madu disebapkan oleh unsur monosakarida fruktosa dan glukosa , dan mempunyai rasa manis yang hampir sama dengan gula .Sejarah penggunaan madu oleh manusia sudah cukup panjang. Dari dulu manusia menggunakan madu untuk makanan dan minuman sebagai pemanis atau perasa. Aroma madu bergantung pada sumber nektar yang diambil lebah.JENIS JENIS MADU
  • Madu bunga bakau (mangrove) ,  madu ini tergolong madu hutan. di Indonesia, antara lain boleh didapati dipropinsi Jambi dan di daerah pantai.
  • Madu alfafa , madu yang berasal dari bunga ungu alfafa. Warnanya terang dengan wangi dan rasa yang tak terlalu menyengatMadu alpukat ,  madu yang dikumpul dari bunga alpukat. Warnanya gelap dan rasanya kaya akan lemak.
  • Madu blueberry ,  madu yang diambil dari bunga putih blueberry. Warna madunya kuning kecokelatan muda dengan rasa yang enak di dunia, madu ini dihasilkan di Inggeris dan Michigan.
  • Madu clover ,  madu clover mempunyai rasa yang enak dan tidak terlalu tajam, berasal dari bunga clover. Warnanya berbeza-beza dan bening seperti air hingga kuning kecokelatan tua, bergantung lokasi dan jenis bunga clover yang menjadi sumbernya.
  • Madu kayu putih ,  madu yang rasanya tak terlalu enak tetapi sangat bernilai kerana konon boleh mengubati penyakit tuberkulosis paru. Madu ini berasal daribanyak pohon berbunga sehingga warnanya berbeza dengan rasa yang kuat seperti ubat.
  • Madu limau ,  Seringkali madu ini merupakan gabungan dari beberapa bunga limau, warnanya terang, rasanya tak terlalu tajam, dan beraroma oren segar.
  • Madu cengkih ,  madu yang dikumpul dari bunga cengkih. Warnanya kuning oren keemasan dengan aroma dan rasa cengkih yang enak.
  • Madu kapas ,  madu dengan warna terang, aroma khas, dan rasa yang agak tawar. Madu ini mudah menggumpal menjadi zarah dan berubah warna menjadi putih.
  • Madu sage ,  madu dengan warna terang, kental, dan rasanya enak serta tidak tajam. Jenis madu ini jarang menggumpal sehingga sering dicampur dengan madu lain untuk melambatkan penggumpalan.

MADU LEBAH

Madu yang kita kenal ternyata memiliki manfat yang sangat banyak bagi kesihatan, bahkan boleh untuk mengubati penyakit. Allah SWT berfirman: ”Dan Tuhanmu mewahyukan pada lebah, ”Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan ditempat-tempat yang di bikin manusia.” Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.” (QS. An-Nahl 68-69)
Rasulullah saw. bersabda, ”Hendaklah kalian menggunakan dua ubat, Al-Qur’an dan madu.” (HR. Ibnu Majah). Al-Qur’an adalah ubat keraguan dan kebingungan atau kebimbangan hati. Sedang madu adalah ubat bagi penyakit. Madu memiliki banyak sekali manfaat atau khasiatnya. Beberapa terapi kedokteran menggunakan madu untuk (mencegah) sesak nafas, batuk, suara serak, hidung yang mengeluarkan cairan, influenza, menyembuhkan luka, radang tenggorokan, luka bakar, lambung, usus duabelas jari. Madu juga dapat membantu memproduksi air susu ibu yang tidak lancar, meredakan nyeri haid, bahkan mengobati kemandulan. Madu juga dapat mencegah berkembangnya bakteri, dan sekaligus membunuh bakteri berkat anti bakteri yang terdapat dalam madu.
Masa penyembuhan dengan menggunakan madu berbeda-beda tergantung kondisi penyakitnya. Untuk medapatkan khasiat yang maksimal, madu sebaiknya di minum satu sampai tiga jam setelah pengambilan, dan gunakanlah madu yang benar-benar murni. Madu yang paling bagus adalah madu yang di hasilkan pada musim semi, lebih-lebih apabila madu tersebut berasal dari pertanian yang luas dan penuh dengan bunga.
Karena begitu banyak manfaat madu, para terapi zaman sekarang menggunakan madu sebagai campuran rempah-rempah, dan ada juga yang menggunakan madu langsung untuk terapi. Madu yang jernih dan murni mempunyai zat gelatin dan seperti karet ketika diambil dengan sendok. Di antara karakteristiknya adalah menurunkan kadar asam apabila lambung sakit dan mengeluarkan zat asam lebih banyak. Hal ini berbeda dengan madu yang tidak murni.
Oleh kerana itu, kita sebagai ummat Nabi Muhammad saw. harus bangga dan sudah semestinya membiasakan diri menjaga kesehatan dan hidup sederhana. Makan minum seperlunya, dan tidak berlebihan. Keranaa penyakit timbul akibat pola makan yang tidak teratur dan berlebihan. Semampu kita dengan niat yang ikhlas menjalankan sunah-sunah nabi serta yakin dengan kebenaran sabda-sabdanya. Semoga kesihatan dan keberkahan selalu menyertai perjalanan hidup kita dalam menjalani hidup dijalan Allah SWT.


Keajaiban Madu



1.  Madu Lebah

Madu lebah memangnya diakui dan dari pandangan Islam sendiri ia merupakan penawar pelbagai penyakit. Madu lebah berasal dari tumbuhan berbunga yang menghasilkan nektar. Sehingga kurun abad ke-11, kebanyakkan orang di dunia ini mengakui rasa kemanisan madu yang begitu unik.

Di Amerika Utara madu dihasilkan dalam jus minuman. Madu dihasilkan daripada sarang lebah. Madu mengandung campuran gula monosakarida dan gula polisakarida serta kaya dengan zat yang penting yaitu asam amino, mineral dan vitamin. Dalam masyarakat Melayu madu digunakan untuk tujuan untuk melembabkan muka gadis-gadis. Ini biasa dilakukan pada zaman dahulu, namun masih ada segelintir orang yang meneruskan kebiasaan ini. Madu disapukan pada seluruh muka dan dibiarkan kering, kemudian dibasuh. Lembapan amat penting untuk kulit setelah seharian kita bekerja di bawah sinaran mentari dan suasana hawa dingin. Namun belum ada produk modern yang agak terkenal menggunakan madu untuk kecantikan.

“Dan Rabbmu mewahyukan kepada lebah: Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia. (QS. An-Nahl [ 16]:6

Alam dan isinya memberikan pelajaran hidup bagi manusia. Ia mampu memberikan inspirasi. Bagaimana seharusnya manusia berhubungan dengan manusia lainnya. Dan bagaimana pula manusia mesti berprilaku untuk manusia lainnya. Jika kita menelusuri koloni lebah madu, mereka mampu memberikan contoh yang baik bagi manusia. Mereka memperlihatkan kombinasi perilaku individual serta kerja sama sosial yang menakjubkan. Tak ada yang saling memangsa seperti yang berlaku dalam hukum rimba. Dan jika kemudian meneliti ke sarang lebah, kita dapat menemukan jawaban mengapa sejak awal lebah madu telah mempersona manusia, untuk melakukan observasi terhadapnya.

Sarang lebah, memiliki infrastruktur yang sempurna dan fungsional, terbentuk dari jalinan zat lendir yang berasal dari tubuh mereka. Sarang itu, juga dikonstruksi menjadi sebuah rangkaian sel heksagonal yang sangat sempurna. Terlihat begitu indahnya sarang yang mereka buat secara gotong royong itu.

Seperti diketahui, bahwa sarang ini menjadi tempat bermulanya aktivitas koloni lebah madu. Baik sebagai media pemeliharaan larva maupun pusat pesan, bagi setiap anggota koloni dalam menjalankan tugasnya. Pada tingkat individual, lebah madu terbagi menjadi tiga jenis anggota koloni. Mereka adalah ratu, lebah jantan serta lebah pekerja. Semuanya memiliki tugasnya masing-masing. Dan saling mendukung satu sama lain. Dalam sebuah koloni lebah madu, ratu lebah diperlakukan secara istimewa. Ia mendapatkan pasokan makanan yang berlimpah.

Tujuannya, agar ia mampu menjalankan tugas krusial dalam koloni tersebut, yaitu menghasilkan pheromone, sinyal kimiawi bagi para lebah pekerja yang mengendalikan perilaku mereka. Sang ratu juga memiliki tugas untuk menciptakan 'perekat sosial' yang mengikat semua lebah untuk hidup dalam kebersamaan. Maka menjelmalah sebuah struktur masyarakat lebah yang terorganisasi dengan baik. Mereka menggunakan 'tarian' untuk saling mengkomunikasikan di mana letak sumber-sumber makanan yang mereka perlukan. Tak nampak satu pun dari mereka yang mengunggulkan diri dan egois. Semuanya berada dalam kebersamaan dan kedamaian. Kekaguman kita tentu tak hanya berhenti pada terciptanya hubungan dalam komunitas mereka yang mengagumkan. Namun juga pada produk yang mereka hasilkan, yaitu madu.

Madu merupakan cairan mujarab, yang dihasilkan lebah dari saripati beragam tanaman. Dan madu telah mendapatkan tempat yang istimewa dalam sejarah pengobatan tradisional. Orang-orang Mesir, Assyria, Cina, Yunani dan Romawi kuno memanfaatkan madu untuk menyembuhkan luka dan beragam penyakit.

Baik dalam hadits Nabi Muhammad maupun kitab suci Al Quran, juga memberikan keterangan akan khasiat madu yang menyembuhkan ini. Dalam surat An Nahl (lebah) ayat 68-69 Allah Swt menyatakan: ''Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah:

“'...Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya, pada yang demikian terdapat tanda-tanda kebesaran Tuhan bagi mereka yang memikirkan''. (QS 16:69)

Kemudian Rasulullah Muhammad juga menegaskan khasiat madu tersebut dalam hadits yang diriwayatkan oleh Bukhari: ''Madu adalah penyembuh bagi semua jenis sakit dan Al Quran adalah penyembuh bagi semua kekusutan pikiran (sakit pikiran).

“Dari Abu Sa’id ra: Ada seorang laki-laki datang kepada Rasullulah SAW dan berkata: “Saudara saya sakit perut”. Rasul menjawab: “Beri ia madu!”. Hal ini dilakukan orang itu sampai tiga kali bolak balik menanyakan kepada Rasul SAW, jawabannyapun tetap madu dan madu (HR Buhkari)

Maka disarankan bagimu kedua penyembuh tersebut, Al Quran dan madu.'' Para ilmuwan, akhir-akhir ini juga tergerak hatinya untuk melakukan penelitian secara mendalam akan khasiat madu secara ilmiah. Mereka membuktikan bahwa ternyata madu mamang memiliki efek yang menguntungkan pada kondisi medis tertentu.

Pertama, madu dapat digunakan sebagai zat anti bakteri dan jamur. Karena madu ternyata dapat menghambat pertumbuhan bakteri seperti Staphylococcus aureus, patogen tertentu, serta fungi atau jamur, semisal Candida albicans. Dengan konsentrasi 30-50 persen, madu mampu memperlihatkan khasiatnya sebagai antibiotik konvensional untuk infeksi saluran kencing.

Kedua, madu digunakan sebagai anti mencret. Dengan konsentrasi hingga 40 persen, madu memberikan efek bakterial yang akan menghambat laju sejumlah bakteri yang menyebabkan mencret serta disentri, seperti Salmonella, Shigella, enteropatogenik E coli, dan Vibrio cholera. Dalam sebuah studi, madu dengan cairan rehidrasi oral mampu mengurangi durasi bakteri baik pada anak-anak maupun bayi yang menderita mencret.

Ketiga, madu dapat digunakan sebagai penyembuh luka dan anti-inflammatory (luka bakar). Madu memiliki arti penting dalam menyembuhkan luka bakar, infeksi bekas operasi. Ia sangat liat, sehingga mampu menyerap air yang berada di sekitar jaringan kulit yang terbakar. Kita bisa merujuk pada sebuah studi yang dilakukan di Afrika Barat. Dalam studi itu, penyembuhan luka pada wanita setelah menjalani vulvectomy (operasi pada vagina) akibat kanker vagina, memakan waktu lebih cepat dengan menggunakan madu. Penggunaan madu juga disarankan untuk mengurangi tajamnya bau yang diakibatkan borok pada orang yang berpenyakit kusta.

Keempat, madu dapat digunakan sebagai zat antitusif dan ekspektoran. Madu yang diandalkan sebagai obat batuk ini terkait dengan kemampuannya untuk mencairkan dahak dan melegakan tenggorokan.

Kelima, madu sebagai sumber nutrisi. Madu yang tak terkontaminasi sangat sehat, makanan yang alami, dan mengandung banyak energi. Karena mengandung karbohidrat, protein, lipid, enzim dan vitamin. Satu sendok madu mengandung 60 kalori, serta mengandung 11 gram karbohidrat, 1 mg kalsium, 0,2 mg zat besi, 0,1 mg vitamin B dan 1 mg vitamin C. Madu kini telah tersedia secara luas di kalangan masyarakat.

Meski khasiat madu belum sepenuhnya diketahui masyarakat secara luas. Dan kalangan ilmuwan juga dituntut untuk melakukan penelaahan mendalam mengenai khasiat madu dan mampu menggunakannya dalam cakupan yang lebih luas. Keajaiban madu telah diungkapkan dalam dalam Al Quran maupun sunah secara indah, lebih 14 abad lalu. Penjelasan kedua rujukan suci mengenai madu ini, juga telah merambah dunia sains modern yang telah menerima dan melakukan penelahaan lebih mendalam atas penggunaan madu. Al Quran memang bukan sekadar tuntunan hidup, tapi juga sumber ilmu pengetahuan.

2. Madu "Makanan Istimewa" untuk Kesihatan Tubuh

Dengan demikian Madu ternyata tak cuma nikmat diminum. Si kental manis asam ini juga baik untuk kesehatan tubuh pengonsumsinya. Bahkan, ia sudah mulai dilirik sebagai bahan obat. Padahal, sebenarnya madu merupakan cadangan pakan bergizi tinggi bagi anak-anak lebah. Wajar kalau kemudian madu dimasukkan ke dalam kelompok bahan makanan bergizi oleh manusia.

Sebagian masyarakat malaysia yakin kalau madu merupakan cairan alami yang enak dan manis. Kita juga beranggapan, madu kental itu sebagai "makanan istimewa" untuk kebugaran tubuh. Serta katanya, mampu menjaga lestarinya kemampuan seksual seseorang. Menurut sumber kepustakaan, setiap 1.000 g madu bernilai 3.280 kalori. Nilai kalori 1 kg madu sama dengan 50 butir telur atau 5,575 l susu, atau 1,680 kg daging.

Sebetulnya, khasiat madu amat berkaitan dengan kandungan gulanya yang tinggi. Yakni fruktosa 41%, glukosa 35%, dan sukrosa 1,9%. Serta unsur kan-dungan lainnya, seperti tepung sari ditambah berbagai enzim pencernaan. Lalu ada vitamin A, vitamin B1, vitamin B2, antibiotika, dan lainnya. Meski sama manisnya, perlakuan tubuh manusia terhadap madu yang manis itu berbeda dibandingkan dengan gula atau gula pasir. Madu dapat diproses langsung menjadi glukogen, sedangkan gula harus diproses terlebih dulu oleh enzim pencernaan di usus. Dengan demikian tubuh manusia bisa lebih cepat merasakan manfaat madu dibandingkan dengan gula pasir. Dari beberapa hal itu, rasanya bisa disimpulkan kalau madu bisa memberikan manfaat sangat penting dalam kehidupan manusia.

MANFAAT DAN KEISTIMEWAAN MADU LEBAH MENURUT AL-QURAN DAN HADIS


Firman Allah SWT dalam Al-Quran surah An-Nahl ayat 69:

"Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah:" Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat yang dibikin manusia. " [QS. An-Nahl: 68]

Madu dan lebah mempunyai keistimewaan yang luar biasa sehingga disenaraikan dalam surat tersendiri di dalam Al-Quran. Kajian khasiat madu secara ilmiah juga telah diteliti oleh ilmuwan Muslim terkemuka di era keemasan Islam, yakni Ibnu Sina (890-1037). Bapa perubatan dunia dan pemikir muslim agung di abad ke-10 M itu tercatatat sebagai doktor yang mengulas mengenai khasiat madu dari segi kesihatan dan dunia perubatan.

Selama ini, orang lebih mengenal madu sebagai produk lebah yang paling popular dan berkhasiat dalam mengatasi berbagai penyakit. Namun, jika kita mengambil hikmah dari surat An-Nahl ayat 69, kita akan mengetahui produk lebah yang dapat dijadikan ubat tidak terbatas hanya pada madu saja. Produk perlebahan selain madu dapat berupa royal jelly, tepung sari (bee pollen) dan propolis lebah.

Sebagaimana firman Allah SWT dalam Al-Quran surah An-Nahl ayat 69:
"Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar -benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan. " [QS. An-Nahl: 69]

Mengutip surat An-Nahl ayat 69 di atas, dijelaskan bahawa bahan yang boleh dijadikan obat penyembuh bagi manusia adalah bahan yang keluar dari perut lebah dengan bermacam-macam warnanya. Pada ayat tersebut juga tidak menyatakan ubat untuk tertentu penyakit tertentu, dan fakta di lapangan membuktikan bahawa pelbagai penyakit dapat disembuhkan melalui produk perlebahan terutama propolis lebah.

Di dalam Al-Quran diterangkan secara jelas bagaimana lebah diperintah oleh Allah SWT untuk membuat sarang dengan mengambil makanan (getah) dari pelbagai jenis tumbuhan untuk dijadikan madu dan produk lebah lainnya, termasuk propolis sebagai obat penyembuh untuk pelbagai jenis penyakit. Lebah memang makhluk istimewa, ia merupakan makhluk Allah SWT yang memberi manfaat dan kenikmatan bagi manusia.
Gambar 1. Propolis digunakan sebagai pelindung sarang lebah terhadap benda-benda asing dari luar.

Lebah madu (Apis mallifera L.) mengumpul resin-resin dari berbagai macam tumbuhan yaitu getah yang keluar dari tunas daun dan kulit batang tanaman conifer (golongan pain).Lebah kemudian membawa resin tersebut menuju sarang lebah dan mencampur dengan enzim yang dirembeskan dari kelenjar Mendibel lebah, meskipun demikian komponen yang terdapat di dalam propolis tidak mengalami perubahan
Dalam Al-Qur'an diisyaratkan bahawa madu boleh dijadikan minuman sekaligus juga boleh dijadikan ubat untuk manusia, sebagaimana tersurat dalam Surah An-Nahl ayat 69,"يخرج من بطونها شراب مختلف ألوانه فيه شفاء للناس إن في ذلك لآية لقوم يتفكرون"... Dari perut lebah itu keluar minuman yang bermacam-macam warnanya. Di dalamnya terdapat obat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda bagi orang-orang yang memikirkan. "Dalam bukunya yang berjudul," Makanan - Dalam Perspektif Al-Quran dan Sains Pemakanan, "Dr. Hj. Tien Chudrin Tirtawinata Sp.GK menggariskan beberapa cara untuk memanfaatkan madu sebagai ubat, diantaranya adalah sebagai berikut:





  • Madu sebagai ubat batuk.
  • Madu sebagai ubat luka dan luka bakar.
  • Madu sebagai makanan tambahan untuk penambah berat badan.

    Satu gelas susu dan satu atau dua sudu makan madu, susu - panas atau sejuk sesuai selera - dicampur dengan madu, diminum sebelum tidur malam. Kesan pengonsumsian susu dengan madu adalah agar tidur menjadi nyenyak, sehingga badan merasa segar waktu bangun pagi. Berat badan boleh meningkat dengan andaian makanan sehari-hari sudah memenuhi syarat yang dianjurkan, iaitu "menu sihat dan seimbang." Insya Allah, berat badan akan bertambah kira-kira setengah kilogram dalam sebulan. 


  • Antara penemuan saintifik tentang keistimewaan madu dapat disimpulkan seperti dibawah:


    1. Kaya bahan anti oksidan yang menghalang free radicals daripada bertindak ke atas sel-sel yang boleh menyebabkan kanser (BBC, University of Zagreb, Croatia)

    2. Antara sumber tenaga asli bagi tubuh yang terbaik e.g. Meningkatkan kekuatan otot dan stamina badan (British Honey Importers and Packers Association)

    3. Pembunuh kuman daripada jenis bacteria, fungus dan protozoa (University of Waikato, New Zealand)

    4. Mampu menyembuh ulser dan luka dengan lebih cepat dan berkesan (University of Waikato, New Zealand)

    5. Boleh merawat penyakit mata (Fotidar MR, Fotidar SN)

    6. Mampu menjadi antibiotic yang lebih berkesan (University of Cardiff, Wales).
    Minumlah madu lebah!

    Banyak lagi khasiat yang terdapat dalam madu lebah yang telah terbukti dengan kajian para doktor dan pakar seluruh dunia sehingga ia digelar sebagai minuman dari segala minuman dan ubat dari segala ubat. Di antara khasiat lain bagi madu lebah ialah:
    • digunakan sebagai ubat sakit perut
    • menghilangkan ketagihan dadah
    • menghilangkan kahak
    • memutih dan menguatkan gigi
    • menghilangkan kesan terbakar pada kulit
    • menguatkan badan, bagi yang berumur

    KESIMPULAN

    Menjadi tanggungjawab kita semua untuk terus mengkaji dan memahami dan mengambil manfaat daripada keistimewaan madu ini. Hal ini kerana selain kita dapat manfaat dari madu, kita juga akan dapat meningkatkan keimanan kepada Allah dengan kelebihan yang dikurniakan kepada kita semua itu.

    RUJUKAN

    1. http://saga-islamicnet.blogspot.my/2012/02/khasiat-dan-manfaat-madu-dalam-al-
        quran.html
    2. http://gelorasemalam.blogspot.my/2016/03/kesan_10.html
    3. Abdul Karim Najib al-Khatib (1994). Madu lebah ubat yang turun bersama                                  wahyu (terj: perpustakaan awam.
    4.Ibn Qayyim al-Jauziyah (1998). al-Tibb al-Nabawi(ter: ). Pustaka Awam.

    PAUTAN

    https://www.youtube.com/watch?v=8Yo0e0sSxBU